Resolusi Terbaik : 1024 X 768 + IE7  


Mee Udang Mah Jah


Taiping - Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak memang telah dikenali dengan resepi asli dari Mak Jah sendiri. Lokasinya yang terletak di Kampung Menteri, Kuala Sepetang selalunya penuh dan menjadi persinggahan bas-bas persiaran atau rombongan. Saya bersama rombongan dari Perlis sempat singgah ke Kuala Sepetang untuk merasa kenikmatan mee udang Mak Jah yang sering diceritakan ini.

Jika anda merujuk kepada plan yang di berikan, nampak macam dekat tapi bila lepas saja dari tol terasa jauh pulak, malah terasa sangatlah jauh bila perut dah mula berkeroncong. Bila sampai saja ke lokasi, ermmm... memang senang laa nak cari, sebab hanya di tepi jalan.

Saya order Mee Udang Biasa... harganya RM7, kalau Special RM11... tak banyak beza tapi yang special memang banyak udang. Siapa yang suka udang elok ambil yang special. Rasanya memang BEST, suasana lokasi pun cantik.... walaupun gerai kampung. Kalau tak suka mee udang, yang goreng-goreng pun ada, nasi goreng pun ada.Secara amnya harga makanan bermula dari RM7 hingga RM12... air lain. Harga air standard ler. Ok laa... kalau korang ke Taiping, jangan lupa singgah ke gerai Mee Udang Mak Jah. Kalau sesat call jer nombor contact kat bawah ni.

MEE UDANG MAK JAH : 
JOHAN SIDAN : 019-4600649 / 017-5335056
SABRI SIDAN : 012-2931101
IDRIS SIDAN : 017-4695026

- zoul73-
 
  © Hakcipta Terpelihara Place to Visit: Mee Udang Mah Jah.   New Denim Design by : Sentralpoint Systems
PERHATIAN : Place to Visit: Mee Udang Mah Jah tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berpunca dari maklumat yang diambil dari weblog ini. Segala maklumat didalam weblog ini adalah benar pada masa dan tarikh ianya diterbit.Sila pastikan anda mengikuti sebarang perubahan dari masa ke semasa.